Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Innalillah wa Inna Ilaihi Rajiun...
Tak terkata & agak terkejut mendengar perkabaran Ustaz Asri Rabbani dijemput menghadap Rahmatullah tanggal 13 Ogos 2009...

Allayarham Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Pemergian beliau pada 2009 ini bermakna genap 40 tahun beliau berkhidmat pada agama.Beliau meninggalkan seorang balu Haliza, 38 dan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.Beliau memillih bidang seni suara untuk berjuang kerana pada ketika itu, tidak ramai orang yang berada di dalam bidang ini. Bermula dengan kumpulan Nada Murni, hinggalah pada 1 Mac 1997 Rabbani ditubuhkan.

Sepanjang Rabbani aktif dalam industri music, aku tak pernah ketinggalan meminati irama nasyid... start dr sekolah ke universiti & hingga dah bekerja... Of course, lagu yg paling aku minat "Intifada" & "Pergi Tak Kembali"... irama lagu 2 nasyid nie sedap & catchy... selalu aku nyanyi sampai bole hafal setiap baris ayat...

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara ; Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Me & Ustaz Asri @ Proton Edar HQ
Savvy Facelift Launching
15 November 2005
Al Fatihah buat Arwah....

0 comments: