Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Kata orang pasangan bercinta
Bagaikan irama & lagu syahdu
Laksana malam & dingin bayu
Seperti bunga & kumbang lalu
Indahnya ceritera cinta itu
Andainya itu, cinta pasti kan bersatu
Namun ia sekadar bait ayat cinta
Bukan realiti di alam fana
Aku satu diantaranya
Cintaku tak sempurna
Cintanya tak seadanya
Kerana kasih bukan sekadar cinta
Kerana cinta bukan sekadar setia
Kerana setia bukanlah segalanya
Kumaafkan ketaksempurnaan itu
Dia redhai seadanya aku
Di saat Ijab&Qabul itu
Kita saling mengerti
Cinta bukan untuk memiliki
Cinta adalah menghargai
Erti kasih yang kita pertaruhkan
Erti sayang yang tulus pengorbanan
Pada cinta kita yang penuh kekhilafan


Nukilan,
Isteri Sang Suami
23/10/2008
12.30am

0 comments: