Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie Second Birthday tickers
Syukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah rahmatnya akhirnya saya berjaya menyusukan anakanda tercinta secara exclusive selama 6 bulan. ( waaahhh.. macam ayat menang award plak). Sekarang Arrish Imtiyaz dah 8bulan lebih but still menyusu ibu sepenuhnya plus solid food. No formula milk... walo setitik pon (setakat arini la).
Macam ibu-ibu yg lain yg juga breastfeed,semestinya dah lalui pahit manisnya exclusive breastfeed nie. Expecially working mom @ office like me (lucky for working at home mom-WAHM & stay at home mom-SAHM). Yg keje kat opis nie, cabarannya mengejar masa.. keje lagi, nak pump lagi, boss bising lagi.. Penah tengah2 meeting, terpaksa curi2 keluar kononnya gi toilet, padahal kuar mengepam susu. Tuhan jer tau , jerit perihnya nak menyusukan anak dgn susu ibu. Sbb tu ramai yang mengambil jalan mudah , dgn bagi susu formula atau lebih tepat lagi lembu punya susu!!! Susu lembu/kambing diciptakan Allah untuk menyusukan anak2nya & utk menjadi minuman kepada org kanak2/dewasa yg byk khasiatnya. But not for baby. And because of that , Allah S.W.T. menciptakan susu ibu yg tak tertanding khasiatnya utk disusukan kepada anak-anak Adam. Unfortunately, ramai ibu2 yg give up maybe sbb takde knowledge & takde support dr family.
I myself pon pada mulanya takde sapa2 yg sarankan breastfeed nie. Tp masa pregnant mmg tak jemu2 cari knowledge psl breastfeeding. Alhamdulillah,dah byk tau start dr cara nak susukan sampai cara penyediaan EBM (Express Breast Milk). Buku nie.. jgn cakapla..baca&baca smpi hafal.Biarla org kata ‘ikut buku’ pon.. dah nak wat cemana takde sapa2 disekeliling aku yg breastfeed kan anak 100%. Skrg nie kat opis aku yg dok sibuk2 nasihatkan kawan2 yg preggie suh breastfeed. Heheh..
Back to my breastfeed journey, terima kasih yg tak terhingga kepada nurse di WAD-2A Hospital Putrajaya. Kalo tak kerana team diorang nie, rasanya aku pon dah give up. Nurse2 kat situ mmg banned botol susu & formula milk. So nak tak ndak , kena jugak susu kan anak kita sendiri. Aku kagum sangat dengan cara diorang ajar baby isap putting ibu. Penuh dengan lemah lembut & kasih sayang. Ada sorang nurse tu , pegang arry & cuba lekapkan dekat putting dia pujuk dengan lembut “ Sayang.. minum nie.. susu mama..sayang isap ni nenen mama”. Terharu aku dibuatnya.. Bermula dr aritu, aku tekad nak susukan arry sepenuhnya. Masa dalam pantang , aku direct breastfeed & in the same time aku stock up bekalan bila start keje nnt. Memula pakai manual Avent, then when its become so tiring I bought another pump (electric) Spectra3 online. I really love this pump coz it can be upgrade to double pumping. Start keje aku ada 40botol (4oz each). Kat opis bermula la era aku bertapa di store. Nak buat cemana, opis aku takde tempat yg lebih privacy dr store. Itu pon dah bersyukur dr kena pump dlm toilet. Dalam surau tak privacy plak. Bermacam pandangan & comment dr org2 kat opis nie. Yang suka buat lawak susu pon ada, yg pandang sinis pon ada, yang tolong malu bg pihak aku pon ada… macam2 la.. hakikatnya byk yg negative dr positive. Cian rakyat malaysia nie, ramai lagi yg anggap breastfeed nie ala kekampungan,sesuatu yg memalukan,breastfeed utk org miskin yg tak mampu beli susu. Padahal international celebrity pon breastfeed, coz they have knowledge. Tak mcm org kita yg tau condemn jer. Aku tebalkan muka, kuatkan azam & semangat.. demi memberikan yg terbaik utk permata hatiku.
Dah 8 bulan lebih, letih tu mmg letih dengan riso supply susu yg semakin berkurang. Nursing supplement niemacam2 yang aku try.. Fenugreek, pil asi, susu lactation,alfalfa. Apa saja la asalkan bekalan susu tak terjejas. Sehari pump dulu dapat 5botol(20oz) . Skrg Cuma dapat 4botol (16oz). Nasib baikla arry dah start solid food so keperluan susunya dah kurang. Kekadang aku culas jugak mengepam sbb gi jejalan ker holiday ker.. susah sket nak pam. Tapi selalunya aku cuba sedaya upaya utk tak ponteng pump. Pergi kemana2 pon aku bwk pump.. kalo tak bwk yg electric aku bwk yg manual..
Aku sendiri pon tak sangka, kuat sungguh semangat aku nie. Mak mertua aku pon kagum cemana aku bole susukan anak 100% dgn susu ibu. Heheh kembang aku semangkuk.
In conslusion , usaha tangga kejayaan.. kalo niat kita baik, kuatkan azam , ada semangat, tekad & cekal, pekakkan telinga dgn comment2 negative. InsyaAllah we can do it..













My Breastfeeding Journey…

0 comments: